Fara Fauzana yang kini telah berhijab sejak tujuh bulan lalu berkata, beliau sukar untuk menjawab pertanyaan berhubung perubahan imejnya jika diajukan wartawan dan peminat.
Sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak.
“Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” tambahnya lagi.
Beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya.
“Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya lagi.- Katak Comel -
See more at: http://katakcomel.my/mesej-fara-fauzana-kepada-dr-mashitah-yang-amat-mengejutkan/
0 Komentar untuk "Mesej Fara Fauzana Kepada Dr Mashitah Yang Amat Mengejutkan"