Tindakan yang dilakukan oleh Johan walaubagaimanapun telah mendapat pelbagai komen di laman sosial. Ada yang tidak kisah dengan tindakan mereka, tapi ada juga yang mengkritik hebat.
Bertemu dengan Johan usai majlis anugerah, penyampai Era FM ini merasakan yang apa yang dia lakukan tidak langsung menjadi masalah kerana statusnya sebagai suami kepada Ozlyn.
Ketika ditanya adakah reaksi yang dilakukan itu adalah tindakan spontan selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah bagi kategori tersebut, Johan menjawab persoalan itu dengan satu contoh.
"Saya akan berada 24 jam bersama dia, jadi jika saya rasa gembira atau sebaliknya, saya akan pandang dia. Saya beri contoh, jika saya makan burger, jika saya rasa ada bahagian burger yang saya sedang makan merupakan bahagian yang paling sedap, saya akan berikan kepadanya. Saya memang kongsi semua perkara dengan dia," ujarnya lagi.
Bersyukur dengan anugerah yang diterimanya, Johan merasakan yang kemenangan yang diraihnya ini membuatkan dirinya rasa dihargai oleh pendegar dan peminatnya di luar sana.
"Alhamdulillah, kemenangan ini membuatkan saya rasa dihargai oleh semua pendengar dan peminat saya. Saya hanya wakil untuk mengambil anugerah ini kerana ini adalah hasil usaha mereka. Terima kasih kepada isteri saya, keluarga dan para penyokong yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan buat saya dalam bidang seni," kata Johan mengakhiri perbualan.Sumber
0 Komentar untuk "Jawapan balas Johan Raja Lawak isu cium Ozlyn di malam ABPBH 2014 "