Keyboard Online

Latest News Onlines Update & Sharing

Punca Sebenar Kematian Harun Salim Bachik Terjawab

#Al-Fatihah dan Salam Takziah diucapkan kepada keluarga arwah pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol.

Punca kematian Harun Salim Bachik terjawab – Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku kepada arwah. Memetik sumber berita Sinar Harian, Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.


Difahamkan Allahyarham bersama keluarga dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi sanak saudara sebelum berhenti sebentar di R&R. Jenazah kini dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk urusan lanjut.

Pada masa sama, penyanyi terkenal, Datuk Hattan turut berada di tempat kejadian selepas dimaklumkan pelakon, Ebby Yus tentang pemergian Allahyarham untuk membantu bagi melancarkan pengurusan jenazah. ‎

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Allahyarham turut dikenali menerusi program bersiri Oh My English yang disiarkan di Astro CERIA. Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi.

Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Allahyarham Salim Bachik. -Sumber
0 Komentar untuk "Punca Sebenar Kematian Harun Salim Bachik Terjawab"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info