Keyboard Online

Latest News Onlines Update & Sharing

Penyanyi Terkenal ditahan positif dadah

Ampang: Seorang penyanyi lelaki, 36, yang pernah popular pada awal 90-an ditahan polis 9 malam tadi, selepas ujian air kencing positif Amphetamine.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, penyanyi terbabit ditahan di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Bussiness Park, Hulu Kelang.


Menurutnya, hasil pemeriksaan badan tidak menemui apa-apa barang salah. "Suspek kemudian dibawa ke balai polis dan hasil ujian air kencing dan didapati positif. "Suspek kini direman bagi membantu siasatan.

 Difahamkan, ketika kejadian, dua wanita turut bersama penyanyi itu. Suspek sebelum ini pernah memenangi tempat ketiga dalam satu program realiti terbitan sebuah televisyen swasta. -HM
0 Komentar untuk "Penyanyi Terkenal ditahan positif dadah"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info