Healezry Zeandfly Henderi ditemui sedang tidur dalam kawasan belukar tebal kira-kira pukul 10.25 pagi Jumaat, selepas 18 jam dilaporkan hilang.
Selain terdapat kesan calar di pipinya, Healezry dalam keadaan baik walaupun dia kelihatan lemah dan takut sebaik sahaja melihat anggota bomba mendekatinya di ladang getah yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya di Kg Kuala Tolokoson.
"Dia tidur di dalam kawasan belukar. Namun dia terjaga dan kelihatan takut apabila terlihat kami.
"Salah seorang anggota kami memberitahunya bahawa kami perlu membawa dia pulang ke rumah. Kanak-kanak tersebut kemudiannya bangun dan membenarkan dia untuk didukung," kata Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tenom, Hairin Sarbin ketika dihubungi.
Kanak-kanak itu mahu mengikut ibunya ke tandas.Sebaik sahaja ibunya keluar dari tandas, kelibat Healezry sudah tidak kelihatan.
Healezry, yang mempunyai seorang abang dilihat kali terakhir berada di rumah tersebut bersendirian oleh jirannya.
Keluarga Healezry menyuapkan makanan sebaik sahaja kanak-kanak itu ditemui.Semasa operasi mencari Healezry di ladang getah di Kemabong, anggota bomba terdengar tangisan kanak-kanak sebanyak tiga kali antara pukul 8 malam dan 9 malam pada Khamis.
Namun, mereka gagal mengesan kanak-kanak tersebut pada hari yang sama.
"Kami menghentikan operasi pencarian kira-kira pukul 11 malam dan meneruskan operasi pada keesokan harinya," kata Hairin.
Sebaik sahaja tiba di rumah, Moira memberikan anaknya itu minuman dengan segera sebelum memberinya makanan.
Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kemabong untuk pemeriksaan kesihatan dan pemantauan.
Hairin berkata kanak-kanak itu dilihat masih ketakutan dan tidak banyak bercakap selepas diselamatkan.Namun, bapanya, Henderi Andiwang, 35, yang bekerja sebagai penoreh getah dan Moira mengucapkan terima kasih kepada anggota penyelamat yang berjaya membawa anaknya pulang. -MSTAR
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak 2 Tahun Ditemui Dalam Hutan "