Keyboard Online

Latest News Onlines Update & Sharing

Fuhh : Akhirnya Zizan Razak dedah punca sebenar terlibat kemalangan mengerikan?

Pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan Razak yang heboh dikatakan terbabit dalam kemalangan di Putrajaya semalam berada di dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan sendiri Zizan, 29 menerusi laman Instagram miliknya petang semalam.

"Salam semua...saya okay," katanya menerusi keterangan yang tertera di gambarnya yang dimuat naik di laman sosial berkenaan.


Mengesahkan lagi kenyataannya itu, finalis kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014 ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu dia sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Angin Cinta bersama aktres Umi Nazeera,

Sementara itu, sumber terdekat pelakon berkenaan memberitahu Zizan memang terbabit dalam kemalangan tetapi menafikan gambar kereta Ferrari kuning yang tersebar di internet itu adalah milik pelawak berkenaan.

"Memang Zizan terbabit dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran tetapi kemalangan kecil saja. Hanya ada kesan calar. Tak adalah rosak teruk seperti dalam gambar yang disebarkan itu".

"Gambar itu palsu. Lagipun sewaktu kemalangan itu berlaku, hari tak hujan. Dalam gambar itu, hari hujan," katanya - Berita Harian.



0 Komentar untuk "Fuhh : Akhirnya Zizan Razak dedah punca sebenar terlibat kemalangan mengerikan?"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info