Keyboard Online

Latest News Onlines Update & Sharing

(8 FOTO) Perubahan mengejutkan badan Jeslina Hashim selepas 3 tahun bercerai

Rambutnya kini dipotong pendek gaya Bob dengan tubuhnya makin langsing.Berstatus ibu tunggal, penyanyi yang juga pelakon, Jeslina Hashim begitu ketara perubahan pada dirinya kebelakangan ini.

Berbanding penampilannya di awalan kerjaya sekitar 1998 dan seiring dengan peredaran masa, Jeslina ternyata menunjukkan transformasi berbeza.

Perubahan pada Jeslina dapat dirasai baru-baru ini ketika BH Online bertemunya di Istana Budaya ketika menonton konsert Puteri Gunung Ledang, Rebirth Of Legend.


Apa yang pasti, ibu kepada dua anak - Micah, 7 dan Keira, 5, jelas menunjukkan kematangan buat penyanyi yang pernah diingati dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia. Jeslina sudah tiga tahun hidup solo. Dia sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada 9.55 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah, Mac 2013.

 Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005. Ketika itu keputusan mahkamah memutuskan anak tinggal di bawah jagaan Dion namun Jeslina masih berpeluang melawat anaknya. "Saya kini lebih sibuk dengan kehidupan sendiri selain bersama anak yang makin membesar.

Pada masa sama, saya juga sibuk dengan perniagaan. Saya juga mempunyai rangkaian pakaian sendiri di bawah nama Jeslina Hashim. "Ikutkan memang rindu untuk kembali menyanyi contohnya. Ada tawaran tapi belum ada yang kena pada masa. Masa saya agak terhad kerana tumpuan lebih kepada perniagaan dan anak," katanya yang pernah membintangi filem Seri Dewi Malam di samping Maya Karin.






Gambar Penuh Disni 

0 Komentar untuk "(8 FOTO) Perubahan mengejutkan badan Jeslina Hashim selepas 3 tahun bercerai"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info